Alhamdulillah , ini adalah pencapaian atlit rower UMT paling tertinggi, 2 rower wanita UMT menyertai Sea Games Myanmar 2013. Mereka akan mewakili Malaysia dalam acara light weight double scull.
petikan dari Universiti Malaysia Terengganu Official
TAHNIAH....
ATLET ROWING UMT (MAHASISWI) LAYAK UNTUK MENYERTAI SUKAN SEA MYANMAR 2013
Selepas berjaya menyumbangkan empat (4) pingat emas di SUKMA ke XVI 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini, mahasiswa UMT terus cemerlang dengan berjaya melayakkan diri untuk tersenarai di dalam kelompok atlet utama Negara dan seterusnya bergelar “Atlet Rowing Malaysia”.
Untuk makluman, pada peringkat awal terdapat lima (5) mahasiswa UMT yang terpilih bagi menjalani latihan dan saringan yang amat ketat di peringkat Majlis Sukan Negara.
Alhamdulillah seramai dua (2) mahasiswi UMT telah berjaya melepasi had kelayakan bagi mewakili Negara dan sekaligus melakar sejarah gemilang di peringkat UMT iaitu Mahasiswi pertama layak ke Sukan Sea.
Menurut senarai rasmi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara, mahasiswi UMT tersebut ialah ;
1. Cik Norshazlin binti Che Adnan - UK 24926
(Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan)
2. Cik Eleonie Rikan Marten - UK 27777
(Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan)
Sehubungan itu, diharapkan rakan-rakan fb UMT Official dapat memberi sokongan yang diiringi dengan doa agar para mahasiswi kita berjaya menjadi sebagaimana yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan “The Thinking Athlete” di samping berjaya juga dengan cemerlang dalam bidang akademik.
Sekian, terima kasih.
