Sunday, September 20, 2015

JOM MASUK KELAB UMT

Jumaat, Sabtu, 18 & 19 September 2015

Karnival Jom Masuk Kelab UMT

Pada tahun ini, dengan kerjasama Majlis Sukan Terengganu dan Pusat Sukan UMT, Alligator Rowing Team telah menempah satu lot di tapak karnival bagi mencari atlet pelapis pasukan mendayung UMT selari dengan kemasukan mahasiswa/i baru ambilan sarjana muda.

Sebanyak 8 Ergometer dtempatkan di tapak karnival. Ergometer ini bebas digunakan bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pendayung. Atlet mendayung UMT menjadi pemerhati dan tenaga pengajar bagi sesiapa yang minat untuk mencuba.

Sebanyak 4 acara dipertandingkan sepanjang 2 hari karnival ini berlangsung iaitu:
1000m - Lelaki
1000m - Wanita
500x4 - Lelaki berkumpulan
500x4 - Wanita berkumpulan

Pemenang dipilih berdasarkan catatan masa terbaik. Berikut merupakan pemenang dan atlet yang telah dipilih untuk diserap dan dilatih untuk menjadi seorang ALLIGATOR






Stay and Be Fit with Alligator!

Signing off,
Bow Pair