Wednesday, September 16, 2015

UMT COLOR RUN 2015

Rabu, 16 September 2015

Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diceriakan dengan berlangsungnya Color Run 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Koleh Siswa, Universiti Malaysia terengganu. Aktiviti kedua bagi pasukan ini!

Bagi memberikan sokongan, Alligator Rowing Team telah menghantar sepasukan atlet bagi memeriahkan lagi acara larian ini sekaligus menjadi salah seorang 'partnership'. Logo rasmi Alligator telah dicetak pada baju rasmi larian pada kali ini.



Seramai 25 orang Alligator telah menamatkan larian sejauh 4km yang berlangsung sekitar kawasan UMT dan kesemua pelari berjaya pulang bersama hamper dan medal. Kapten pasukan, Ikram Aziz telah berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori lelaki. Kategori Wanita juga didominasi oleh Alligator Eleonie Rikan Marten (tempat pertama) dan Afiqah Zamia (tempat kedua)




A good rower is a good runner!
Majulah Sukan Air Demi UMT

signing off,
Bow Pair